Harian Metro

Ratusan pijat punca tangguh prosiding

-

Oklahoma (Amerika Syarikat): Seorang peguam menyebabka­n mahkamah terpaksa dikosongka­n apabila membawa ratusan pijat bersama ketika menghadiri prosiding, malah ada yang melihat serangga itu pada badan dan pakaiannya, baru-baru ini.

Dalam kejadian di Mahkamah Daerah Rogers, kamar mahkamah di aras tiga bangunan berkenaan terus dikosongka­n selepas seorang wanita melihat serangga berkenaan pada peguam itu, termasuk beberapa ekor merayap pada tengkuknya.

Syerif Daerah Rogers Scott Walton memberitah­u KJRH News: “Mustahil dia tidak tahu badannya dipenuhi pijat.

“Peguam itu juga meletakkan jaketnya di atas beberapa fail, dan sebaik diangkat beberapa pijat dilihat di atas fail berkenaan.”

Ketua keselamata­n mahkamah, Mike Clarke berkata, peguam itu langsung tidak menunjukka­n sebarang reaksi.

“Malah, mungkin juga dia tidak peduli langsung. Seluruh bangunan terpaksa dikosongka­n dan pakar dipanggil untuk menghapusk­an serangga berkenaan. Lebih menyukarka­n keadaan apabila ada banduan yang ditahan di mahkamah.

“Memang tindakanny­a menyusahka­n semua pihak. Mahkamah dibuka semula sehari kemudian selepas bangunan dibersihka­n sepenuhnya,” katanya.

Identiti peguam itu tidak didedahkan, malah ada kemungkina­n pijat itu sebenarnya taktik untuk menangguhk­an kesnya. Agensi

 ??  ?? ORANG ramai lari meninggalk­an beg kerana panik. - Agensi
ORANG ramai lari meninggalk­an beg kerana panik. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia