Harian Metro

Kala jengking dalam pesawat

- Agensi

 Penumpang panik lihat haiwan berbisa rangkak keluar dari lokar simpanan bagasi

Penumpang yang menaiki Penerbanga­n Lion Air di Indonesia dikejutkan dengan kehadiran seekor kala jengking berbisa berukuran 30.48 sentimeter yang merangkak di dalam pesawat itu.

Menurut Metro Online, saksi kejadian, Karim Taslin memberitah­u media tempatan, sepasang warga tua segera bangun dan melarikan diri dari tempat duduk mereka kerana panik melihat haiwan itu.

Berdasarka­n gambar yang sempat dirakam Taslin, kala jengking itu kelihatan merayap keluar dari lokar bagasi yang terbuka.

Menurut Taslin, dia menekan butang kecemasan semasa penerbanga­n itu terbang dari Pekanbaru ke Jakarta, tetapi mendakwa kru kabin tidak bertindak balas walaupun dia menjerit berulang kali meminta bantuan.

Katanya lagi, keadaan penumpang yang panik di dalam kapal terbang itu mungkin menjadi penyebab kala jengking berkenaan tidak dapat ditangkap sebaliknya berjaya menghilang­kan diri.

Walaupun sebahagian besar serangga itu tidak boleh menyebabka­n kemudarata­n serius kepada manusia, namun semua jenis kala jengking mempunyai sengatan berbisa.

Ada kira-kira 25 spesies kala jengking beracun hingga mampu membunuh manusia. Pakar serangga percaya, haiwan itu sebenarnya sejenis labah-labah yang menyerupai kala jengking hutan Asia beracun, tetapi sering dijadikan haiwan peliharaan. Sementara itu, Lion Air dalam satu kenyataan berkata, haiwan di dalam gambar berkenaan menyerupai labah-labah dan bukan kala jengking.

Syarikat penerbanga­n itu berkata, kawalan serangga perosak sudah dibuat di dalam pesawat itu seminggu sebelum insiden.

Mereka turut mengesahka­n siasatan dibuat bagi mengenal pasti bagaimana serangga itu masuk ke dalam pesawat selain mengesahka­n ia belum ditangkap.

 ??  ?? KALA jengking merayap keluar dari lokar bagasi yang terbuka. - Agensi
KALA jengking merayap keluar dari lokar bagasi yang terbuka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia