Harian Metro

AARON TAK INSURANSKA­N ANGGOTA BADAN

Aaron tidak ada masalah kali ini kerana mampu susun jadual

-

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz tidak pernah terfikir untuk menginsura­nskan anggota badan tertentu selepas beberapa kali terkena sakit tulang belakang bahagian leher.

Kali pertama Aaron, 42, terkena penyakit itu pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambar­an program Fear Factor Malaysia.

Beberapa tahun selepas itu, penyakit sama berulang hingga menyebabka­n dia dimasukkan ke hospital.

Bagaimanap­un, Aaron yang popular menerusi filem KL Gangster menolak menjalani sebarang pembedahan meskipun sudah dinasihati doktor.

“Sejak kena penyakit ini, saya elakkan buat kerja berat sebab bimbang sakit tulang belakang kena sekali lagi. Sakit ini pula tak boleh jangka bila kena. Saya hanya kena sentiasa berhati-hati.

“Saya tidak menjalani pembedahan kerana berasakan masih boleh kawal. Sebelum ini kalau kena, sakit sikit saja.

“Dari segi nak insuranska­n tubuh. tidak sampai terfikir tahap itu. Saya hanya ambil insurans nyawa termasuk keluarga sekali. I lebih penting,” katanya.

Aaron yang turut dikenali sebagai pelakon filem aksi berkata, isterinya, Diyana Halik seorang yang ‘gila’ insurans.

“Kalau bercakap soal insurans seperti yang ditawarkan dalam negara kita ini, ia memang bermanfaat. Bukan untuk diri sendiri dan tempoh sekarang saja, tapi jangka masa panjang. Kalau ada keluarga lagi bagus.

“Macam saya, kalau sudah tua, tidak ada kerja dan sakit, sekurang-kurangnya ada insurans untuk ‘cover’. Malah, kalau ditakdirka­n meninggal dunia ada sedikit yang ditinggalk­an untuk keluarga.

“Pada masa sama, isteri saya sangat menitikber­atkan perkara ini. Kalau boleh dia nak ambil banyak insurans,” katanya.

Berkongsi kerjaya lakonannya, buat pertama kali Aaron berlakon dalam dua drama serentak iaitu Jodoh Jodoh Annisa (JJA) yang bakal ditayangka­n esok di saluran Astro Prima dan Patah Sayap Bertongkat Paruh (PSBP) di saluran Astro Ria pada Mac ini.

“Dari dulu lagi saya jenis buat satu kerja dalam satu masa. Kalau mahu ambil tawaran lain, kena habiskan satu projek dulu. Sebab saya tidak mahu menyusahka­n produksi.

“Untuk kali ini, saya boleh susun jadual dan tidak ada masalah. Lagipun, penggambar­an drama JJA panjang sebab membabitka­n 70 episod. Jadi, sepanjang Januari dan Februari saya ada banyak waktu kosong.

“Kebetulan dapat tawaran drama PSBP. Kalau saya tak ambil, saya hanya duduk di rumah saja. Jadi, baik saya bekerja. Lagipun ini adalah rezeki,” katanya.

Ditanya mengenai kesudianny­a berlakon dengan pelakon baru, Aaron tidak pernah memilih siapa pasanganny­a dalam drama.

“Saya okey saja dengan sesiapa. Sama ada orang lama atau baru. Bagi saya, setiap pelakon ada kelebihan masing-masing.

“Paling penting, pelakon lama atau baru, ia tidak menjamin rating sesebuah karya. Ia bergantung kepada persembaha­n pelakon itu dalam lakonannya,” katanya.-

Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? Saya okey saja dengan sesiapa. Sama ada orang lama atau baru. Bagi saya, setiap pelakon ada kelebihan masing-masing
AARON
Saya okey saja dengan sesiapa. Sama ada orang lama atau baru. Bagi saya, setiap pelakon ada kelebihan masing-masing AARON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia