Harian Metro

‘Kami akan datang lagi’

Seventeen buktikan mampu berkembang dengan menyanyi pelbagai genre hasil tulisan dan gubahan sendiri

-

Ketika dalam satu temu bual ringkas dikendalik­an pengacara, Vernon meluahkan rasa kagum dengan kesetiaan yang ditunjukka­n oleh peminat. Dia juga berterima kasih atas kehadiran peminat meraikan Seventeen.

“Kesabaran dan kesetiaan anda menanti kedatangan kami membuatkan saya kagum. Saya sangat berterima kasih atas sokongan yang anda berikan. Saya berharap anda semua sentiasa gembira pada tahun baru ini.

“Melihat kehadiran ribuan peminat yang hadir membuatkan saya terharu. Kami sayang anda semua. Saya harap kita akan terus bertemu pada masa akan datang,” katanya.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 di bawah syarikat pengurusan Pledis Entertainm­ent itu mula mendapat perhatian peminat antarabang­sa selepas berjaya disenaraik­an dalam carta Billboard untuk kategori carta terbaik dunia menerusi album ‘17 Carat’.

Pernah mengadakan konsert Diamond Edge pada 2017, kumpulan itu tidak menolak untuk sekali lagi mengadakan acara sama bagi menghiburk­an peminat mereka di Malaysia.

Kata Joshua, jadual mereka agak padat dengan pelbagai aktiviti dan komitmen. Namun, andai ada masa terluang, Malaysia antara destinasi pilihan untuk mereka mengadakan konsert.

 ??  ?? SEBELAS anggota Seventeen tidak mengecewak­an peminat.
SEBELAS anggota Seventeen tidak mengecewak­an peminat.
 ??  ?? SEVENTEEN bersama wakil dari The Saem.
SEVENTEEN bersama wakil dari The Saem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia