Harian Metro

RAUT CERIA SAMBUT KUNJUNGAN

-

Riz bersyukur sambutan mesra penghuni rumah kebajikan terima kehadiran sukarelawa­n

ataupun acara.

“Sebelum ini kami pernah buat kerja amal, tapi tidak sebesar kali ini. Kami lebih terarah mencari rumah anak yatim piatu, orang cacat dan sebagainya,” katanya.

Riz beruntung kerana Ketua Pengawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Keyoon Song dan isterinya, Datin Joey amat ‘sporting’ dan menggalakk­an usaha itu dibuat berterusan.

“Tuhan mempertemu­kan saya dengan mereka.

Saya memang mencari syarikat pengiklana­n untuk bekerjasam­a.

“Kebetulan pejabat isteri bersebelah­an pejabat Myviuu dan saya diperkenal­kan dengan pemilik syarikat oleh pengawal peribadiny­a.

“Daripada situ kami berbincang. Dia tertarik dengan pelan pemasaran yang saya bentangkan dan akhirnya terjalin kerjasama yang menguntung­kan kedua-dua pihak,” katanya.

Menurutnya, pelancaran syarikat itu dibuat secara rasmi dan besar-besaran pada Mac ini sebuah pusat beli-belah terkenal di Shah Alam.

“Aktiviti amal yang dibuat pun sebagai serampang dua mata untuk memperkena­lkan syarikat ini.

“Kami akan buat aktiviti ini secara berkala. Untuk tahun ini pun ada beberapa aktiviti serupa akan dibuat.

“Saya juga akan mengajak beberapa artis lain turut serta. Buat masa ini hanya Adeline diajak dan dia setuju bersama kami dalam program ini,” katanya.

 ?? FOTO ?? RIZ dan Adeline sering terbabit dengan kerja amal.
FOTO RIZ dan Adeline sering terbabit dengan kerja amal.
 ??  ?? RIZ, Adeline dan Keyonn
(dua dari kanan) bersama keluarga bergambar bersama ketika melakukan program amal.
RIZ, Adeline dan Keyonn (dua dari kanan) bersama keluarga bergambar bersama ketika melakukan program amal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia