Harian Metro

Muhammad Syammil gah di peringkat global

-

Tidak seperti kanak-kanak normal, Muhammad Syammil Zarif Effendi,

14, berdepan masalah pembelajar­an, sekali gus mengganggu proses pengajiann­ya di sekolah.

Namun, pelajar berkeperlu­an khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar, Klang, Selangor ini berjaya menonjolka­n diri apabila aktif dalam pelbagai program di sekolah sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Keupayaan Muhammad Syammil yang meminati seni reka cipta, sukan, aktiviti pengakap dan perkhemaha­n sekolah digilap ketika di sekolah rendah.

Katanya, bakat itu semakin menyerlah apabila dia bersama kelab Robocon Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilk­an robot dikenali Es Robot Farm dan dijemput pihak penyiaran untuk ditemu bual.

“Bakat saya dikesan di peringkat sekolah rendah oleh guru pendidikan khas. Dari situ, banyak pendedahan berkaitan kegiatan luar diberikan kepada saya.

“Saya banyak menyertai pertanding­an sehingga ke peringkat antarabang­sa seperti pertanding­an layanglaya­ng dan perkhemaha­n antarabang­sa yang disertai negara luar,” katanya.

Muhammad Syammil berkata, hasil bimbingan guru yang ingin melihat dia aktif dan berjaya meningkatk­an keyakinan dirinya terutama ketika bersosial.

“Sekarang saya yakin untuk bercakap di depan orang ramai berbanding sebelum ini. Pertuturan juga menjadi lancar ketika menerangka­n sesuatu kepada guru atau sesiapa.

“Saya juga mampu bersaing dengan pelajar lain dan dari luar negara apabila setiap tahun berjaya mengikuti perkhemaha­n pengakap peringkat antarabang­sa,” katanya.

Selain meminati seni reka dan mengikuti perkhemaha­n pengakap, Muhammad Syammil turut aktif dalam sukan petanque.

 ??  ?? MUHAMMAD SYAMMIL (kanan) turut aktif dalam persatuan pengakap. Bakat saya dikesan di peringkat sekolah rendah oleh guru pendidikan khas. Dari situ, banyak pendedahan berkaitan kegiatan luar diberikan kepada saya
MUHAMMAD SYAMMIL (kanan) turut aktif dalam persatuan pengakap. Bakat saya dikesan di peringkat sekolah rendah oleh guru pendidikan khas. Dari situ, banyak pendedahan berkaitan kegiatan luar diberikan kepada saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia