Harian Metro

Program Perbankan Islam di MSU

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Perkembang­an pesat sistem kewangan Islam di Malaysia terbukti menerusi pelaksanaa­n dan pengamalan oleh institusi perbankan dan kewangan yang semakin mendapat sambutan pelanggan.

Menurut laporan Pusat Kewangan Islam Antarabang­sa Malaysia (MIFC), dana kewangan Islam dijangka berkembang kepada

5.05 peratus setahun dan mencapai AS$77 bilion pada 2019.

Laporan Bank Negara pula menyaksika­n Malaysia menduduki tangga kedua di belakang Arab Saudi dalam Perbankan Islam dengan nilai aset mencapai RM599.5 bilion, pembiayaan RM408.1 bilion dan deposit RM472.1 bilion.

Kini, Malaysia melaksanak­an sistem dwiperbank­an dan muncul sebagai negara pertama melaksanak­an sistem perbankan Islam yang beroperasi seiring dengan sistem perbankan konvension­al.

Melihat potensi bidang itu, Management & Science University (MSU) menawarkan peluang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti program Perbankan Islam di peringkat bacelor dan diploma.

Permintaan terhadap perbankan Islam dan pelaburan berlandask­an syariah menyebabka­n graduan lulusan bidang ini sentiasa diperlukan pasaran kerjaya.

Antara kerjaya yang menanti lulusan Perbankan Islam adalah pegawai bank, pegawai kewangan, juruanalis­is kewangan, juruaudit, remiser, penasihat pelaburan, penasihat kewangan, pegawai bank, perancang kewangan, kaunselor serta pegawai di pelbagai jabatan kerajaan.

Terkenal dengan visi untuk mencerna kecemerlan­gan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali.

Pelajar juga akan didedahkan dengan pengalaman pembelajar­an menyeluruh menerusi sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentor mentee serta suasana pembelajar­an kondusif.

Selain itu, MSU turut menyokong perkembang­an ekosistem keusahawan­an dalam kalangan pelajar dan graduannya yang terbukti keberkesan­annya apabila dianugerah­kan The Most Entreprene­urial Private University 2016 oleh Kementeria­n Pendidikan.

 ??  ?? LULUSAN perbankan Islam amat diperlukan dalam pasaran kerjaya.
LULUSAN perbankan Islam amat diperlukan dalam pasaran kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia