Harian Metro

MENELUSURI BUDAYA ETNIK MAH MERI

-

yang bekerja sebagai nelayan dan mendiami pulau di Selangor serta Johor.

Etnik Mah Meri terkenal dengan keunikan seni ukiran arca berasaskan kayu yang turut mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kunjungan mahasiswa MSU ke Perkampung­an Budaya Mah Meri memberi perspektif baharu kepada mereka dalam menelusuri seni budaya etnik itu.

Bagi mengenali dan menghargai secara lebih dekat budaya etnik Mah Meri, peserta melawat muzium khas etnik berkenaan serta melihat pertunjuka­n perkahwina­n tradisiona­l.

Ia turut dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian selamat datang dikenali sebagai Mayin Jo’oh sebagai simbolik tanda mengalualu­kan kehadiran tetamu.

Dalam tarian berkenaan, penari lelaki memakai topeng dikenali sebagai Tok Pongkola dan Tok Nania, manakala penari wanita memakai pakaian khas diperbuat daripada sumber alam semula jadi.

Ternyata kunjungan mahasiswa MSU ke Perkampung­an Budaya Mah Meri itu berbaloi dan bermakna.

Mereka turut memperoleh maklumat terperinci dan lengkap menerusi papan maklumat disediakan serta turut dapat menghayati keunikan tarian, kediaman dan hasil seni masyarakat­nya khasnya dalam ukiran kayu.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR bergambar kenangan dengan masyarakat Mah Meri.
PELAJAR bergambar kenangan dengan masyarakat Mah Meri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia