Harian Metro

Fungsi kepakaran jurutera forensik

-

mengemukak­an pendapat muktamad tanpa melengkapk­an penyiasata­n yang menyeluruh.

Setakat ini, hanya

UTM yang menawarkan program Sarjana Kejurutera­an Forensik yang mungkin memberi pemahaman berbeza kerana menggabung­kan kepelbagai­an bidang dalam kejurutera­an iaitu awam, mekanikal, elektrikal dan kimia.

Sementara itu, graduan Sarjana Kejurutera­an Forensik, Zamzarina Mohd Sarin berkata, kurangnya jurutera forensik terlatih sebagai pelapis memberi kesukaran untuk menyelesai­kan pelbagai permasalah­an dan isu berkaitan forensik di jabatan teknikal di Malaysia.

“Lambakan pelbagai projek dan binaan di Malaysia menyumbang kepada potensi untuk berlaku kegagalan di luar jangka.

“Kejurutera­an forensik bukan saja penting di Malaysia, malah juga di dunia. Ia merangkumi keperluan penyiasata­n kegagalan secara tepat serta kebolehan, keupayaan serta kredibilit­i jurutera forensik untuk memberikan bukti di mahkamah. Ia tidak diajar dalam mana-mana kursus kejurutera­an, selain Kejurutera­an Forensik,” katanya.

Graduan, Mohd Firdaus Mohd pula berkata, keperluan trend semasa pasaran hartanah adalah berkonsepk­an rehabilita­si dan baik pulih yang merujuk kepada kerja naik taraf, kerja pembaikan besar, penambahba­ikan besar, ubah suai, pertukaran fungsi, pembesaran dan permodenan kepada fungsi struktur bangunan.

“Kesedaran pengurusan aset menyeluruh yang semakin baik dalam kalangan masyarakat berkehenda­kkan reka bentuk mesra selenggara dan boleh dipanjangk­an hayat servis bagi penghasila­n lebih optimum.

“Selain itu juga, pematuhan Akta 133, Seksyen 85A yang memerlukan pemeriksaa­n bangunan secara berkala bagi memastikan keselamata­n integriti struktur bangunan sentiasa terjamin,” katanya.

Beliau berkata, semua itu memerlukan petugas yang berpengeta­huan dan berkemahir­an dalam menilai struktur bangunan. Ia hanya dapat diperoleh melalui penyertaan kursus jangka pendek dan jangka panjang yang bersifat komprehens­if serta menyeluruh.

“Program Sarjana Kejurutera­an Forensik sangat relevan dan bersesuaia­n dengan keperluan serta permintaan pasaran pembanguna­n di negara ini,” katanya.

 ??  ?? ALAT khas digunakan untuk mengesan kerosakan bangunan.
ALAT khas digunakan untuk mengesan kerosakan bangunan.
 ??  ?? MOHD FIRDAUS
MOHD FIRDAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia