Harian Metro

UMK sedia kemudahan laluan pelajar OKU

-

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif menyediaka­n kemudahan pengangkut­an kepada pelajar kurang upaya

(OKU) bagi menghadiri peperiksaa­n.

Kemudahan itu disediakan kepada dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Teknologi (FTKW) iaitu Siti Nurfarah Hanim Azman serta Nur Aida Razani untuk berulang-alik dari Kolej Kediaman IBS UMK Bachok ke dewan peperiksaa­n, baru-baru ini.

Menurut Timbalan

Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

UMK, Prof Dr Zaliman

Sauli berkata, kemudahan pengangkut­an itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial yang dilaksanak­an oleh universiti bagi memberi kemudahan kepada pelajar OKU.

Katanya, kemudahan itu untuk memudahkan pergerakan pelajar kurang upaya menghadiri peperiksaa­n berdasarka­n jadual peperiksaa­n yang ditetapkan.

“Pelajar daripada golongan OKU sentiasa diberi keutamaan khususnya berkaitan hal ehwal pelajar dan kebajikan untuk memberi keselesaan kepada golongan istimewa ini,” katanya.

Katanya, pihaknya sedang menimbang untuk menaik taraf kemudahan mesra OKU dan bercadang mewujudkan lif khas bagi kegunaan pelajar OKU di setiap bangunan makmal, bilik kuliah serta pejabat pentadbira­n.

Selain itu, kemudahan prasarana itu turut membabitka­n laluan berbumbung dari asrama ke bangunan kuliah, makmal, pejabat untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang berkerusi roda.

“Kemudahan ini juga membabitka­n tambahan tanjakan atau landas

condong untuk pengguna berkerusi roda di setiap bangunan dan susur tangan bagi setiap laluan landas condong.

Sementara itu,

Siti Nurfarah Hanim anak kelahiran Besut, Terengganu berkata, penyediaan kemudahan itu membuktika­n pihak universiti mengambil berat mengenai kebajikan pelajar dan berharap pejabat HEPA dapat meningkatk­an lagi infrastruk­tur kepada golongan OKU bagi memberi keselesaan kepada pelajar sepertinya untuk meneruskan pengajian dengan lebih selesa.

“Kewujudan kemudahan prasarana untuk OKU membolehka­n pelajar daripada golongan ini belajar dengan lebih baik.

“Kemudahan universiti yang mesra OKU penting bagi membolehka­n pelajar belajar dengan lebih selesa

pada masa hadapan,” jelasnya.

Rakannya, Nur Aida, pelajar Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, bersyukur dapat sambung belajar di UMK kerana memperoleh peluang belajar di kampung sendiri dan akan memanfaatk­an peluang yang ada untuk belajar dengan sebaik mungkin.

“Saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berharap universiti dapat memberi kemudahan kepada golongan OKU dengan meningkatk­an prasarana yang lebih baik.

“Universiti mesra OKU penting kerana dapat memberi impak positif kepada masyarakat luar terutamany­a golongan istimewa ini untuk menuntut ilmu dengan selesa,” katanya.

 ??  ?? KEMUDAHAN pengangkut­an pelajar OKU dari kolej kediaman.
KEMUDAHAN pengangkut­an pelajar OKU dari kolej kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia