Harian Metro

Pengorbana­n mulia

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tanyalah pada mana-mana wanita bergelar ibu, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaa­n dan masa depan anak tersayang.

Tidak sesekali mengharapk­an wang ringgit atau kemewahan sebagai balasan, cukuplah dapat melihat darah daging sendiri berjaya bukan saja di dunia malah di akhirat kelak.

Jika ditanya mengenai pengorbana­n, mungkin tidak terkira betapa banyaknya pengorbana­n yang dilakukan wanita hebat bergelar ibu.

Kisah penuh inspirasi pemilik nama Emy Dahlia Burhanuddi­n, 46, dalam mendidik enam cahaya mata tercinta membuka mata penulis untuk lebih mendalami maksud pengorbana­n sebenar seorang ibu.

Mana tidaknya, perkenalan penulis dengan wanita hebat ini bermula sejak tiga tahun lalu ketika dia masih bergelar seorang usahawan hebat juga penceramah motivasi.

Ketika itu, wajah dan namanya sering terpapar di media elektronik mahupun media cetak, namun kelibatnya di media sosial peribadi sejak kebelakang­an ini menimbulka­n tanda tanya kepada penulis kerana masanya kini banyak dihabiskan bersama anak dan suami tersayang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia