Harian Metro

An emosi kala hamil

-

Disahkan hamil tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tiada kata-kata dapat menggambar­kan kesyukuran dan kegembiraa­n dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan.

Lain kehamilan lain ragamnya, ada bakal ibu yang berdepan masalah kesihatan juga fizikal seperti kenaikan berat badan. Ada juga yang berdepan dengan perubahan emosi menakutkan ketika hamil.

Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabka­n emosi terganggu dengan mudah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia