Harian Metro

TAMBAH KOLEKSI KELUARGA

 Korda menang Terbuka Australia dan meraikanny­a dengan lompatan gunting

-

ADELAIDE: Nelly Korda menambah pencapaian menakjubka­n tradisi keluargany­a memenangi beberapa kejuaraan utama dengan memenangi Terbuka Australia dan meraikanny­a dengan lompatan gunting.

Pemain nombor 16 Amerika itu mempamerka­n prestasi cemerlang sejak beberapa bulan lalu dan sudah memperoleh­i dua kemenangan dan dua daripadany­a berada dalam kelompok tiga teratas dalam lima kejohanan yang disertai.

Dia mencatat pukulan 17 bawah par 271, untuk mengatasi cabaran pemain Korea Selatan, Ko Jin-young, malah Korda mengikuti jejak ayah, kakak dan abangnya yang pernah mendapat gelaran Juara Terbuka di bumi Australia.

Bapanya, Petr melakukann­ya dengan memenangi Tenis Grand Slam Terbuka Australia pada 1998, menewaskan Marcelo Rios dan meraikan dengan gaya lompatan gunting.

Kakaknya, Jessica memenangi kejohanan Golf Terbuka Australia 2012, turut meniru gaya bapanya meraikan kemenangan itu, dan abangnya Sebastian mengunggul­i acara tenis lelaki Terbuka Australia tahun lalu.

Nelly juga melakukan ‘Korda Kick’ selepas pusingan akhir 67. Seminit selepas menyempurn­akan pukulan di lubang 18, dia memegang telefon bimbit dan kakaknya melihatnya menerusi Facetime.

Dengan menyatakan: “Saya akhirnya menjadi sebahagian dalam kelab.

“Dia menjerit sekuat hati mengucapka­n tahniah, dia sangat gembira untuk saya. Maksud saya kemenangan ini cukup bermakna buat keluarga kami,” katanya.

“Saya fikir ada sesuatu di udara ini, kami suka melakukann­ya. Saya baru saja bercakap dengan bapa dan dia mengucapka­n tahniah kerana saya kini dalam kelompok Korda Slam.

Korda yang mendahului sejak semalam menewaskan Ko Jin-young, dengan mendahului dua pukulan dan pemain Taiwan Hsu Wei-ling dengan lima.

Pemain nombor satu Thailand, Ariya Jutanugarn menamatkan permainan pada hanyunan ke 15.

Korda menuju ke Kelab Golf Adelaide’s Grange selepas kejayaan pertama LPGA di Kejuaraan Taiwan Oktober lalu sebelum tempat kedua di Kejohanan Tour di Florida.

Dia memulakan kempen 2019 dengan rentak sama, apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Juara-Juara bulan lalu juga di Florida. - AFP

 ??  ?? KORDA melompat keriangan selepas memenangi Trofi Terbuka Australia, semalam.
KORDA melompat keriangan selepas memenangi Trofi Terbuka Australia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia