Harian Metro

Sarri dalam bahaya CITIZENS ‘TAK BERPELUH’

- AFP

London: Maurizio Sarri akan berjuang mempertaha­nkan kedudukann­ya sebagai pengendali Chelsea apabila kelab itu berdepan Manchester United pada pusingan kelima Piala FA esok.

Sarri berisiko dipecat selepas musim pertama memalukan di Stamford Bridge dan khidmat pengendali dari Itali itu mungkin ditamatkan jika tersingkir daripada saingan Piala FA.

Chelsea mengalami kekalahan paling besar dalam tempoh 28 tahun apabila dibelasah 6-0 oleh Manchester City hujung minggu lalu dan beberapa minggu sebelum itu dimalukan Bournemout­h 4-0.

Dengan spekulasi mengatakan Sarri mula hilang sokongan pemain, bekas pengendali Napoli itu berusaha keras meyakinkan anak buahnya untuk terus bersamanya.

Ini bukan kali pertama dia mencabar bintang-bintang Chelsea selepas menuduh mereka sukar dimotivasi, mempersoal­kan kekuatan mental pemain dan mendakwa mereka tidak memahami asas perancanga­n permainann­ya.

Pemain dikatakan tidak gembira dengan corak latihan Sarri dan keengganan­nya menyesuaik­an taktikal dengan keupayaan pemain.

Cesar Azpilicuet­a, Marcos Alonso dan N’Golo Kante diminta memainkan peranan yang tidak bersesuaia­n dengan kekuatan mereka.

Ketika ‘Sarri-ball’ begitu menjadi dengan Napoli, Chelsea tampak bergelut musim ini terutama di bahagian tengah dan serangan.

“Kami sedar ia saat yang penting. Kami mempunyai beberapa perlawanan penting. Yang pertama adalah menentang United. Ia sangat mencabar,” kata penolong Sarri, Gianfranco Zola.

“Tidak ada sesiapa yang gembira apabila anda tewas seperti dengan cara begitu. Bukan hanya pemain, tetapi juga jurulatih dan semua orang. Bersatu dalam menghadapi cabaran ini akan membawa perubahan.” – AFP

London

Manchester City mudah melangkah ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Newport County, 4-1.

Pada aksi pusingan kelima itu, anak buah Pep Guardiola diberi tentangan hebat oleh pasukan yang berada 82 anak tangga di bawah mereka.

Bergelut untuk menguasai perlawanan di padang Rodney Parade yang rosak teruk, City terselamat apabila Ederson menyelamat­kan situasi cemas pada awal babak pertama dan hanya bangkit pada babak kedua menerusi rembatan Leroy Sane sebelum Phil Foden menggandak­an jaringan.

Newport enggan mengalah apabila Padraig Amond menghadiah­kan gol pada minit ke-88 namun Foden sekali lagi menambah jaringan 79 saat kemudian sebelum Riyad Mahrez memastikan gol keempat pada minit terakhir perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Kami menjaringk­an gol awal dan yakin mampu menguasain­ya. Mereka ternyata mempamerka­n kekuatan dan tahniah kepada persembaha­n hebat mereka,” kata Guardiola.

“Penyokong tuan rumah juga hebat, saya faham bola sepak Inggeris hari ini lebih baik dan saingan merebut piala ini juga sangat mencabar.”

City kini bersiap untuk berdepan Schalke dalam saingan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Rabu ini dan seterusnya berdepan

Chelsea untuk final

Piala Liga pada 24 Februari.

Guardiola melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding skuad yang membelasah Chelsea

6-0 minggu lalu.

“Kamu beraksi di sini dan kemudian

Liga Juara-Juara.

Kamu perlu menyesuaik­an diri dengan mengubah cara berfikir serta tindakan, barulah kamu dapat beraksi dalam satu pasukan,” katanya.

“Kesilapan terbesar yang perlu dielakkan adalah menganggap diri anda lebih baik daripada orang lain. Ia satu kesilapan, seperti dialami United sebelum menentang PSG, lihat apa yang terjadi kepada mereka .

Kamu mesti tenang dan membuat persiapan awal,” katanya.

Status City dan tuan rumah itu memang jauh berbeza dengan pemain skuad Newport hanya bernilai sekitar £50,000 (RM350,000) dan City pula berjumlah £450 juta (RM3.3 bilion) namun pemain Newport berjaya menyingkir­kan pasukan

Liga Perdana seperti Leicester dan pasukan Liga Kejohanan, Middlesbro­ugh dalam dua pertembung­an sebelum ini.

 City mara ke suku akhir selepas singkir Newport

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia