Harian Metro

Janji trio peledak

-

 Stadium Phnom Penh dipenuhi 55,000 penyokong tuan rumah

Phnom Penh, Kemboja: Trio peledak skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Jafri Firdaus Chew, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan R Kogileswar­an bersedia mengecewak­an puluhan ribu penyokong Kemboja apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi pertama Kumpulan A Piala LG B-22 AFF di Stadium Olimpik, Phnom Penh, hari ini.

Dijangka, stadium berusia 55 tahun itu akan dipenuhi hampir 50,000 penyokong tuan rumah yang akan turun memberi sokongan padu buat skuad Angkor Warriors kendalian Felix Dalmas.

Bagaimanap­un, barisan muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee nyata tidak goyah terutama rangkaian penyerang negara yang bertekad untuk merobek gawang lawan, sekali gus menghadiah­kan tiga mata penuh buat kem negara.

Penyerang prolifik, Jafri mengakui mengakui pasukannya berdepan misi sukar namun tetap yakin Malaysia, mampu membuat kejutan dengan dia menyasarka­n untuk mencetak nama selaku penjaring.

“B-19 dulu saya pernah main menentang Kemboja, tapi kita tak tahu pasukan sekarang (B-22) macam mana. Jadi kita tak boleh ambil mudah, semua pemain kena ambil serius.

“Untuk saya secara peribadi nak letak nama dalam senarai penjaring sebab itu tugas utama seorang penyerang kena buat kerja di atas padang (buat gol). Dengan kerjasama rakan-rakan insya-Allah kita boleh buat yang terbaik,” kata pemain PKNS FC itu.

Buat adik saudara kepada Titus James Palani iaitu Kogileswar­an atau lebih dikenali dengan panggilan Kogi menegaskan, skuad negara akan turun habis-habisan bagi memburu kemenangan biarpun bakal berhadapan dengan ‘pemain ke-12’ nanti.

“Tekanan daripada penyokong tuan rumah itu perkara biasa dan sebagai pemain kami perlu bijak menyerap tekanan itu.

“Malah, kami juga semakin serasi bermain atas padang tiruan dan sekarang pasukan kena fokus serta jangan goyang apabila lihat penyokong mereka,” katanya yang merekodkan dua gol bersama Pahang musim lalu.

Sementara itu, Hadi yang kini beraksi di Liga Jepun bersama kelab Fagiano Okayama berkata, dia akan mencurahka­n segala pengalaman yang dikutip sepanjang berada di negara matahari terbit itu bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.

“Pengalaman saya di sana (Jepun) banyak membentuk keyakinan saya di atas padang kerana permainan di sana sangat berbeza dan lebih laju.

“Saya sekarang dalam tahap cukup bagus. Kalau boleh saya nak menang semua aksi dan jaringkan gol dalam semua perlawanan,” katanya yang berjaya menjaringk­an gol pertama buat kelabnya ketika aksi pramusim bertemu Kansai Fukushi University dengan kemenangan 3-0 bulan lalu.

 ??  ?? AKSI pemain B-22 negara ketika sesi latihan, semalam.
AKSI pemain B-22 negara ketika sesi latihan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia