Harian Metro

Pertahanan negara sedia rantai penyerang Kemboja

-

pertahanan negara sudah bersedia untuk merantai pergerakan penyerang Kemboja menjelang aksi pertama Piala LG B-22 AFF.

Tonggak pertahanan tengah, Ariff Ar-Rasyid Ariffin menjelaska­n dia mampu ‘bergabung’ bersama ketua pasukan Dominic Tan untuk menyekat kemaraan ayam tambatan tuan rumah.

Namun, dia turut menegaskan benteng negara tidak boleh hanya menumpukan kepada tonggak penyerang saja dan melupakan kemampuan pemain di bahagian lain.

“Buat masa ini jurulatih belum maklumkan lagi siapa pemain lawan yang akan dijaga nanti. Tapi sudah semestinya kita kena berhati-hati kerana pemain lain juga mampu menjaringk­an gol.

“Apapun, saya bersedia dengan apa jua kemungkina­n dan akan mengikut apa juga arahan yang diberikan jurulatih,” katanya yang mengakui ini adalah tugas pertamanya secara rasmi bersama skuad negara di peringkat antarabang­sa.

Ariff, 21, berjaya memikat hati Datuk Ong Kim Swee bagi menggantik­an tonggak Kuala Lumpur, Irfan Zakaria yang sudah melepasi usia 23 tahun untuk digandingk­an dengan Dominic di posisi itu.

Dia yang beraksi bersama skuad Piala Presiden PKNS FC sebelum ini dibawa menyertai kejohanan Piala Newspaper di Vietnam November lalu serta siri jelajah Thailand bulan lalu, terus mendapat kepercayaa­n untuk mengisi posisi berkenaan.

“Saya dah makin serasi bersama pasukan dan jurulatih juga banyak memberi tunjuk ajar sama ada di atas padang mahupun menerusi video perlawanan. Saya rasa tiada masalah dan kami boleh lakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia