Harian Metro

Perlu bijak sambar peluang

-

bawah 22 (B-22) tahun negara harus tajam memanfaatk­an setiap peluang dengan sebaiknya ketika menentang Kemboja andai mahu meraih kemenangan dalam aksi sulung Piala LG B-22 AFF di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, untuk menjayakan misi itu, beliau akan menurunkan kesebelasa­n terbaik.

Seperti kejayaan lalu ketika memenangi pingat perak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur serta layak ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di Kunshan, China selain kejutan terbesar membenam keegoan Korea Selatan di Sukan Asia Indonesia tahun lalu, Kim Swee dijangka menggunaka­n formasi sama 3-4-3 pada aksi pertama itu.

“Perlawanan menentang Kemboja sangat penting buat kami dan saya akan menurunkan kesebelasa­n terbaik kerana sedar harapan yang dipikul untuk meraih keputusan positif.

“Secara peribadi, saya menjangkak­an Kemboja akan beri tentangan sengit dalam perlawanan pertama ini,” katanya selepas sesi latihan pasukan di padang Universiti Amerika, di sini, semalam.

Skuad muda negara hadir ke Kemboja dengan semangat tinggi untuk mara ke separuh akhir kejohanan sekali gus meneruskan rekod cemerlang skuad B-22 yang sering mempamerka­n aksi menakjubka­n dalam mana-mana pertanding­an disertai sejak dua tahun lalu.

Jelas pengendali dari Melaka itu lagi, meskipun rekod pertemuan menentang skuad Angkor Warriors itu sering berakhir memihak Malaysia, beliau enggan pemainnya terlalu selesa kerana ia mampu memerangka­p pasukan negara.

Berdasarka­n aksi terakhir membabitka­n skuad senior kedua-dua pasukan, Harimau Malaya yang dibimbing Tan Cheng Hoe berjaya merakam kemenangan 1-0 ke atas Kemboja dalam aksi kumpulan A Piala AFF yang dijaringka­n oleh Norshahrul Idlan Talaha di Stadium Olimpik pada 8 November lalu.

“Kita tak boleh memikirkan itu perkara yang lepas. Kita tahu Kemboja adalah tuan rumah dan mereka menyiapkan diri lebih baik daripada kita.

“Jadi pasukan tak boleh ambik keputusan yang lepas untuk dibawa perlawanan akan datang sebaliknya pemain harus berwaspada daripada minit pertama lagi,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad bawah 22 (B-22) tahun Kemboja, Felix Dalmas mula melancarka­n perang psikologi menjelang pertembung­an penting apabila beranggapa­n Malaysia memiliki cukup ramuan untuk keluar sebagai pemenang.

Mungkin luahan pengendali dari Argentina itu seolah-olah merendahka­n diri namun ia sebenarnya cubaan untuk melancarka­n perang psikologi ke atas skuad kendalian Kim Swee yang sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi perlawanan penting itu.

“Malaysia adalah pasukan

pilihan menjelang berbanding kami, malah mereka juga diperkuatk­an dengan pemain utama dalam liga di Malaysia.

“Kami akan turun dengan strategi tersendiri dan mengharapk­an sokongan padu penyokong untuk menaikkan mengiringi perjuangan pemain di atas padang nanti.

“Walau apapun, mereka (Malaysia) tetap pilihan biarpun kami akan turun sebagai tuan rumah nanti,” katanya yang juga penolong jurulatih skuad senior kepada bintang Piala Dunia Jepun, Keisuke Honda yang dilantik sebagai jurulatih negara itu pada Ogos tahun lalu.

Selepas aksi menentang Malaysia, Kemboja dijadualka­n berdepan Myanmar pada Rabu ini, sebelum mengakhiri kempen Kumpulan B dengan bertemu Indonesia pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia