Harian Metro

PKNP FC cari pemain import

-

Lumut: Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC sedang mencari seorang lagi pemain import, bagi menguatkan benteng pertahanan selepas masih gagal mencipta kemenangan pada saingan Liga Super musim ini.

Jurulatihn­ya, Abu Bakar Fadzim berkata, benteng pertahanan pasukan itu, perlu diperkuatk­an lagi dengan seorang pemain import kuota ASEAN, bagi menyaingi pasukan lain yang kebanyakan­nya mempunyai lima pemain import, sementara PKNP hanya memiliki empat pemain import.

Katanya, setakat ini PKNP FC telah membuat rundingan dengan tiga kelab termasuk sebuah kelab dari Filipina bagi mencari pemain yang mampu mengimbang­i pertahanan pasukan bertaraf kelab itu.

“Kita tidak punya masa dan perlu membuat keputusan dalam masa singkat, kerana tempoh untuk sesebuah pasukan mengambil pemain import baharu akan tutup Isnin hadapan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung (MPM) di sini, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, PKNP tewas 3-2 kepada pendatang baharu liga, Petaling Jaya (PJ) City FC.

Sementara itu, jurulatih pasukan PJ City, K Devan berkata, gandingan penyerang yang semakin baik banyak membantu pasukannya mencipta gol, sehingga berjaya membawa pulang tiga mata berharga sebagai pembuka semangat untuk Liga Super musim ini.

“Ini adalah kemenangan kita yang pertama, selepas dua perlawanan lalu kita kalah dan seri.

“Kita nampak gandingan dua penyerang dan persefaham­an antara satu pasukan semakin baik dan kalau kita beri masa lagi, mungkin kita boleh lihat prestasi pasukan yang bertambah baik,” katanya. – Bernama.

 ??  ?? ABU Bakar
ABU Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia