Harian Metro

API MELINTANG JALAN

Lori tangki bawa 33,000 liter diesel dan petrol terbakar

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Sebuah lori tangki membawa muatan 33,000 liter diesel dan petrol terbakar dalam kejadian di Kilometer 52 Jalan Pesisir Pantai BekenuMiri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam

8.20 pagi itu, lori tangki berkenaan dilaporkan terbalik sebelum terbakar, manakala pemandu lori berusia 33 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.33 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Lopeng dan Samalaju kemudian dikerahkan ke lokasi.

“Api berjaya dipadamkan, manakala mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan,” katanya.

Katanya, setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kejadian itu turut mengakibat­kan Jalan

Miri -Bintulu sesak teruk sehingga orang ramai diminta menggunaka­n laluan alternatif.

 ?? V ?? Pemandu lori berusia 33 tahun hanya cedera
ringan
V Pemandu lori berusia 33 tahun hanya cedera ringan
 ??  ?? LORI tangki dengan muatan 33,000 liter diesel dan petrol terbakar dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Miri.
LORI tangki dengan muatan 33,000 liter diesel dan petrol terbakar dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia