Harian Metro

Isytihar dua kawasan dilanda wabak denggi

-

Kuching: Jalan Sekama dan Jalan Sekama Utara diisytihar­kan sebagai lokasi wabak denggi di bandar raya ini.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim berkata, sehingga Khamis lalu, terdapat 12 kes demam denggi dilaporkan di Jalan Sekama, manakala tiga kes lagi dilaporkan di Jalan Sekama Utara.

“Bagi menghalang wabak ini terus menular, semua penghuni dan pemilik premis di keduadua lokaliti wabak itu diminta menjalanka­n aktiviti pembersiha­n persekitar­an.

“Antaranya ialah pemusnahan tempat yang menjadi punca pembiakan Aedes di premis masing-masing setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, usaha menangani masalah demam denggi adalah tanggungja­wab bersama.

“Ia memerlukan penyertaan dan kerjasama pelbagai agensi serta masyarakat. Malah, individu atau pemilik premis perlu memastikan kawasan persekitar­an sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Katanya, pihaknya komited dan bekerjasam­a dengan semua agensi dalam usaha mengawal serta menangani wabak demam denggi bagi kesejahter­aan masyarakat di negeri ini.

 ??  ?? DR Jamilah
DR Jamilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia