Harian Metro

Cetak wang palsu mahu kahwin

-

Sibu: Kerana tidak cukup wang untuk berkahwin, seorang lelaki nekad mencetak wang palsu berjumlah RM4,000 dengan harapan memperoleh wang tulen daripada sebuah bank di Sibu, di sini.

Suspek berusia 28 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah jam 12.36 tengah hari kelmarin kononnya wang RM4,000 yang dikeluarka­n dari mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) bank berkenaan adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan polis sebagai rujukan pihak bank dengan harapan dapat menukar wang palsu yang dicetaknya kepada wang tulen.

Menurutnya, soal siasat kemudian membuat suspek mengakui mencetak wang palsu itu sebelum cuba memperdaya­kan pihak bank.

“Suspek yang bertugas sebagai penjawat awam mencetak 25 keping RM100 dan 30 keping RM50 di kuarters tempatnya menginap di Sibu.

“Dia bertindak sedemikian kerana tidak cukup wang untuk berkahwin yang dijadualka­n pada bulan Mac ini,” katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia