Harian Metro

Nekad banteras dadah

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ hmetro.com.my

 58 individu ditahan termasuk 20 daripadany­a miliki dadah dalam Op Sarang

Seramai 58 individu ditahan termasuk 20 daripadany­a didapati memiliki dadah dalam Op Sarang di bandar raya ini sepanjang minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula 9 Februari hingga kelmarin menumpukan beberapa kawasan dipercayai aktif dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Menurutnya, antara kawasan yang diserbu adalah Likas dan Kampung Lobou, Manggatal.

“Semua individu yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 49 tahun dengan 20 individu ditahan turut memiliki dadah manakala 38 lagi didapati positif dadah.

“Sebanyak 29.38 gram dadah dirampas dengan nilai dianggarka­n RM4,400 mengikut harga pasaran.

“Semua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, operasi itu dikendalik­an sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Usaha membantera­s pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan dipertingk­at dari semasa ke semasa demi ketenteram­an awam.

“Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung kegiatan jenayah narkotik ini dalam usaha membantera­s ia daripada berleluasa,” katanya.

 ??  ?? ANTARA yang ditahan polis dalam Op Sarang yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu.
ANTARA yang ditahan polis dalam Op Sarang yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia