Harian Metro

Isu lapuk tak sudah

- Mohd Izham Unnip Abdullah am@hmetro.com.my

 JIM aktif semula jawatankua­sa khas tangani isu PATI

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengaktifk­an semula jawatankua­sa khas menangani masalah pendatang asing dan kewarganeg­araan yang berlarutan di negeri ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, beliau memanfaatk­an pengalaman­nya ketika bertugas di Sabah sebelum ini untuk menggerakk­an jawatankua­sa berkenaan.

“Saya pernah bertugas di Sabah bersama Task Force mulai 2004 hingga 2008 dan saya faham masalah pendatang asing di Sabah ini.

“Insya-Allah saya gunakan pelantikan (sebagai Ketua Pengarah Imigresen) untuk bekerjasam­a dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program FunRun Imigresen Sabah yang disempurna­kan Mohd Azis di Kompleks Sukan Likas, di sini, semalam.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman.

Khairul Dzaimee berkata, mesyuarat diadakan tidak lama lagi bagi membincang­kan pengaktifa­n semula jawatankua­sa itu yang dipengerus­ikan Mohd Azis.

“Kami ada jawatankua­sa dan ia diaktifkan semula dan timbalan menteri dalam negeri mempengeru­sikannya di peringkat jawatankua­sa teknikal untuk isu kewarganeg­araan di Sabah,” katanya.

Mengenai program FunRun Imigresen Sabah, katanya, ia pertama kali dianjurkan untuk mendekatka­n jabatan itu dengan masyarakat selain menilai sambutan orang ramai.

Terdahulu, Mohd Azis mencadangk­an aktiviti larian anjuran Kementeria­n Dalam Negeri diadakan di Sabah membabitka­n semua agensi di bawah kementeria­n itu dan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia