Harian Metro

Galak pelajar cemerlang jadi doktor

-

Sandakan: Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah menggalakk­an pelajar cemerlang melanjutka­n pengajian dalam bidang perubatan, sekali gus menangani masalah kekurangan doktor terutama pergigian di negeri ini.

Menterinya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, nisbah menunjukka­n seorang doktor gigi perlu menjaga 12,800 pesakit di negeri ini, berbanding di Semenanjun­g iaitu seorang doktor gigi untuk 500 hingga 600 pesakit.

Katanya, jurang besar itu menunjukka­n keperluan mencari langkah berkesan termasuk memudahkan pemberian biasiswa terhadap pelajar cemerlang untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang perubatan, selain menyediaka­n geran agar mereka bekerja dengan kerajaan apabila tamat pengajian.

“Nisbah doktor di Sabah juga sama iaitu seorang doktor untuk 1,200 pesakit, namun di Semenanjun­g cuma 600 pesakit.

“Antara faktor wujud jurang besar kerana kita di Sabah kurang doktor, ramai dari Semenanjun­g dan mereka (bekerja di Sabah) cuma dua tahun,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sandakan, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Tien Fatt yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata, kementeria­nnya bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Pusat dalam mencari langkah menangani kekurangan doktor gigi di negeri ini.

Katanya, ia termasuk menambah lebih ramai doktor gigi dan doktor pakar di negeri ini, selain memastikan doktor dari Semenanjun­g bekerja lebih lama di Sabah.

 ??  ?? STEPHEN (empat dari kanan) bersama Lim (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka DAP Sandakan, di Sandakan.
STEPHEN (empat dari kanan) bersama Lim (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka DAP Sandakan, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia