Harian Metro

KONTENA HANYIR

 Sindiket ubah suai kontena jadi pusat pelacuran sasar buruh warga asing

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

> Sindiket persundala­n tidak lagi perlu hotel atau premis tetap apabila mereka kini menawarkan khidmat seks dalam kontena dilengkapi penyaman udara yang memuatkan 12 bilik kecil. Kontena ‘ayam’ pertama seumpamany­a di Malaysia itu sengaja ditempatka­n di kawasan pembinaan bagi memudahkan pekerja warga asing melampiask­an nafsu, lapor Skuad Khas Harian Metro

‘Ayam’ kontena. Itu jolokan diberikan kepada aktiviti buruh warga asing bagi melampiask­an nafsu di satu kawasan khas dibina sindiket di tapak pembinaan di Tanjung Kupang, Gelang Patah di sini, yang dipercayai sudah beroperasi sejak lebih empat bulan lalu.

Selain menawarkan khidmat seks pada harga serendah RM80, sindiket pelacuran itu juga menyediaka­n bilik yang selesa kepada pelanggan mereka dengan mengubah suai kontena kepada 12 bilik kecil dilengkapi tilam, tandas dan alat penghawa dingin.

Lampu merah ala pusat pelacuran rumah merah di Brickfield­s yang popular satu ketika dulu juga turut digunakan di premis berkenaan.

Keselesaan dan harga murah ditawarkan sindiket terbabit menjadikan pusat pelacuran pertama seumpamany­a di Malaysia itu sebagai tumpuan warga asing sehinggaka­n mereka (pelanggan) dilihat terpaksa beratur panjang menunggu giliran bagi mendapatka­n khidmat seks.

Aksi warga asing terdiri daripada warga Bangladesh dan Indonesia terbabit disaksikan wartawan Skuad Khas Harian Metro yang berkolabor­asi bersama

Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an

Migran (D7C) Bukit Aman dalam operasi dinamakan Op Pintas.

Untuk rekod, risikan pasukan siasatan diketuai Deputi Superinten­dan Norizam Ibrahim dilakukan selama sebulan sebelum serbuan dibuat kira-kira jam 8.45 malam, kelmarin.

Ketua Penolong Pangarah D7C Bukit Aman Datuk Maszely Minhad berkata, operasi pertama dilakukan pihaknya di tapak pembinaan itu berjaya menyelamat­kan 13 wanita yang dipercayai diperdagan­gkan untuk tujuan seks.

“Mereka terdiri daripada 11 wanita Vietnam dan dua warga Indonesia berusia antara lewat 20-an hingga 30-an. Seorang daripada wanita yang berjaya kita selamatkan ditemui dikurung di satu daripada bilik di premis itu. Kita syak dia dipaksa melakukan kerja haram itu namun siasatan lanjut masih dilakukan.

“Kita juga menahan dua penjaga premis itu terdiri daripada warga tempatan dan warga Kemboja masing-masing berusia 20-an,” katanya.

Menurutnya, selain dua penjaga terbabit, pihaknya turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang juga tauke atau pemilik pusat persundala­n itu sekitar kawasan berkenaan bersama wang tunai RM24,360.

Katanya, pihaknya turut merampas RM3,690 iaitu wang dipercayai hasil daripada aktiviti itu pada hari berkenaan bersama bil, dua telefon bimbit dan 107 kondom.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan mengikut Seksyen Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007,” katanya.

Maszely berkata, siasatan awal pihaknya mendapati premis itu beroperasi seawal jam 3 petang sehingga 1 pagi. Semua wanita berkenaan juga ditempatka­n di beberapa kontena kosong yang diubahsuai menjadi asrama wanita.

“Namun, pelanggan dikesan

Kita tahan seorang lelaki dan seorang wanita iaitu penjaga rumah terbabit dan turut merampas dua buku akaun bank bersama wang tunai RM5,000”

Maszely

membanjiri pusat persundala­n ini pada waktu malam. Ini mungkin disebabkan mereka bekerja pada siang hari,” katanya pihaknya turut berjaya menahan empat pelanggan terdiri daripada dua warga Indonesia dan dua Bangladesh.

Dalam perkembang­an sama, Maszely berkata, susulan tangkapan pertama, pasukannya menyerbu sebuah rumah di Taman Seri Tebrau sebelum menyelamat­kan seorang lagi wanita warga Vietnam.

“Kita tahan seorang lelaki dan seorang wanita iaitu penjaga rumah terbabit dan turut merampas dua buku akaun bank bersama wang tunai RM5,000,” katanya.

Terdahulu, keghairaha­n buruh warga asing yang sedang beratur dalam tiga barisan di hadapan pusat pelacuran itu sementara menanti giliran terbantut dengan kehadiran pasukan polis.

Kebanyakan mereka yang berada di luar premis itu bertempiar­an lari sehingga ada segelintir terjatuh dalam parit tidak jauh dari premis itu.

Pemerhatia­n wartawan juga mendapati, setiap pelanggan yang tiba gilirannya akan diminta memilih wanita yang duduk di atas kerusi di hadapan mereka.

Selepas membuat bayaran, wanita terbabit dibekalkan kondom sebelum dia diarahkan membawa pelanggann­ya ke bilik. Pelanggan hanya diberikan masa 15 minit setiap seorang untuk bersama wanita itu.

Untuk rekod, pusat persundala­n itu juga mengupah penjaga air ataupun tonto yang berperanan melaporkan setiap pergerakan keluar masuk kenderaan di kawasan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? SEJUMLAH 12 bilik kecil yang diubah suai dilengkapi tilam, tandas dan alat penghawa dingin.
SEJUMLAH 12 bilik kecil yang diubah suai dilengkapi tilam, tandas dan alat penghawa dingin.
 ??  ?? WANITA warga asing yang dipercayai diperdagan­gkan diselamatk­an.
WANITA warga asing yang dipercayai diperdagan­gkan diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia