Harian Metro

BADUL MASUK IJN

 Badul dirawat di IJN akibat masalah jantung

- Georgie Joseph dan Sudirman Mohd Tahir am@hmetro.com.my

Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 4 petang kelmarin akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, kelmarin.

“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.

“Namun saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaa­n barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.

“Sebaik tiba di IJN dan selepas pemeriksaa­n, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya.

Menurut Maizatul, suaminya berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.

“Alhamdulil­lah, selepas pembedahan kecil semalam (kelmarin), abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatka­n di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, insya-Allah dia dipindah ke wadbiasa esok (hari ini),” katanya.

Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatann­ya.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil menghulurk­an sumbangan buat pelakon dan pelawak itu, semalam.

Sumbangan disampaika­n Pengerusi FINAS, Datuk Samsuni Mohd Nor yang meluangkan masa melawat Badul, semalam.

Samsuni berkata, pihaknya bersyukur dengan keadaan kesihatan terkini pelakon dan pelawak itu.

“Kita amat menghargai semangat berkarya serta idea kreatif beliau. Semangat ini perlu diteruskan serta dikongsi dengan generasi muda hari ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Khairul Azhar Abu Bakar.

Bagaimanap­un, Samsuni tidak menyatakan jumlah sumbangan yang disampaika­n itu.

Abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat”

Maizatul

 ??  ??
 ??  ?? SAMSUNI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Badul sambil ditemani Khairul Azhar di IJN, semalam.
SAMSUNI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Badul sambil ditemani Khairul Azhar di IJN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia