Harian Metro

DAH LAMA SEDIA TANDING SEMULA

 Bekas menteri besar akur bertanding semula DUN Rantau

- Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

“Saya hormat keputusan dibuat dan saya sudah lama bersedia mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK). Jadi, saya terima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka, kita hormat proses undang-undang,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau memberikan reaksi demikian selepas Mahkamah Persekutua­n di sini, semalam, menolak rayuan beliau bagi membatalka­n keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytih­arkan kemenangan­nya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sah dan terbatal.

Keputusan berkenaan diputuskan lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan empat lagi hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah serta Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Alizatul

Khair Osman Khairruddi­n, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak menjangkak­an keputusan mahkamah semalam.

“Saya tidak dapat jangka, saya tidak dapat baca fikiran orang. Pihak peguam mewakili Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) merayu dan pihak saya berhujah dengan baik.

“Kedua-dua pihak berhujah dan Yang Arif Mahkamah Persekutua­n memutuskan PRK diadakan semula.

“Saya perlu bersedia, menunggu keputusan SPR bilakah writ diadakan dan bila penamaan calon perlu diadakan. Saya rasa tak lama lagi, insya-Allah,” katanya di luar mahkamah selepas prosiding.

Pada 16 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada PRU14 lalu tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar, yang turut memutuskan PRK bagi DUN Rantau yang dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada PRU14 lalu, perlu diadakan serta-merta.

Pada 25 Jun tahun lalu, Mohamad memfailkan bantahan awal membatalka­n petisyen pilihan raya yang difailkan Dr Streram bagi kerusi DUN Rantau di Parlimen Rembau.

Dr Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalka­n keputusan SPR yang mengisytih­arkan Mohamad sebagai pemenang kerusi DUN Rantau pada PRU14, 9 Mei tahun lalu.

Beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau Amino Agos Suyub dan

SPR, masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia