Harian Metro

Tak sangka dihidu penguat kuasa

-

Iskandar Puteri: “Saya ingatkan selamat dekat sini pun kena serbu,” kata warga Indonesia berusia lewat 20-an yang ditahan Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (D7C) Bukit Aman dalam Op Pintas di sebuah tapak projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah, di sini, kelmarin.

Operasi dinamakan Op Pintas yang diketuai Deputi Superinten­dan Norizam Ibrahim hasil kolaborasi bersama wartawan Skuad Khas Harian Metro dilancarka­n selepas risikan selama sebulan.

Mahu dikenali sebagai Wak, warga Indonesia itu mendakwa dia tidak menyangka kegiatan persundala­n di tapak projek berkenaan berjaya dihidu pihak berkuasa walaupun dilakukan secara tertutup kepada pekerja tapak pembinaan terdiri daripada warga Indonesia dan Vietnam itu.

“Sudah empat bulan beroperasi, tiba-tiba diserbu. Pelanggan adalah dalam kalangan buruh yang kerja di tapak projek. Terpencil begini pun (polis), boleh kesan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, kelmarin.

Dia yang pada mulanya mendakwa datang menghantar makanan kepada wanita di premis itu akhirnya mengaku, kedatangan­nya adalah bagi melanggan pelacur disediakan sindiket.

“Saya bukan selalu datang, kadang-kadang sahaja. Datang bila ada duit lebih,” katanya yang sudah bekerja di kawasan pembinaan itu sejak lapan bulan lalu.

Wak mengakui, ratusan pelanggan akan beratur di pusat pelacuran di tapak pembinaan itu setiap hari terutamany­a pada hujung minggu.

“Wanita tidak ramai jadi pelanggan kena tunggu giliran, kami beratur. Tauke bagi masa 15 minit sahaja dan tambahan lagi lima minit dibenarkan setiap orang,” katanya.

Seorang wanita warga Vietnam, 30-an, yang ditemui pula berkata, dia sudah bekerja di premis itu hampir tiga bulan.

“Saya baru sahaja kerja tiga bulan di sini. Kami tinggal di kontena (50 meter) dari sini,” katanya.

Menurut sumber, wanita terbabit dibekalkan sindiket pelacuran berpusat di Kuala Lumpur.

Sudah empat bulan beroperasi, tiba-tiba diserbu. Pelanggan adalah dalam kalangan buruh yang kerja di tapak projek. Terpencil begini pun (polis) boleh kesan”

Wak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia