Harian Metro

Buruh didenda RM12,000

-

Seorang buruh didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok dalam hutan tanpa lesen.

Tertuduh, Foo Che Chean, 40, dari Dungun, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Hakim Azman Mustapha mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 81 (2) (b) dan Seksyen 47 (4) Akta Perhutanan Negara 1984.

Mengikut pertuduhan pertama, Foo yang juga bapa kepada tiga anak didakwa menebang lima tual pokok jenis kapur dengan panjang 7.4 meter setiap tual tanpa lesen sah kira-kira jam 8.30 pagi 4 Jun tahun lalu.

 ??  ?? FOO di Mahkamah Sesyen, semalam.
FOO di Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia