Harian Metro

Mayat reput dalam paya nipah

-

Mayat seorang lelaki hampir reput ditemui di kawasan paya nipah di tepi Sungai Semerak, Pasir Puteh, kelmarin.

Mayat itu ditemui jam 5 petang oleh pencari ketam nipah yang ternampak lembaga manusia di atas timbunan daun nipah yang dipotong.

Pencari ketam, Mahadi Ramli, 47, berkata, dia terkejut dengan penemuan itu lalu membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku.

Katanya, pada masa sama keluarga mangsa juga tiba di balai polis untuk melaporkan kehilangan anggota keluarga mereka sejak tiga hari lalu.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali mengesahka­n mangsa, Norzihar Ibrahim, 42, dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, Terengganu.

Katanya, pengecaman dibuat berdasarka­n motosikal digunakan mangsa untuk ke lokasi berkenaan dan juga pakaian terakhir dipakai tiga hari lalu.

“Mangsa memaklumka­n mahu ke Kampung Sungai Selut untuk mencari daun nipah bagi menahan sotong menggunaka­n bubu.

“Mangsa menghidap sakit lelah dan lemah jantung berdasarka­n ubat serta rawatan awal yang pernah diambil,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui pencari ketam nipah, petang kelmarin.
MAYAT mangsa ditemui pencari ketam nipah, petang kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia