Harian Metro

Lelaki dituduh noda teman wanita di tanah perkuburan

-

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan merogol dan menyamun teman wanitanya berusia 20 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada 4 Februari lalu.

Tertuduh, Anuar Shaiful Rizman Rozali, 31, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu dibacakan jurubahasa.

Lelaki berkenaan yang mengenakan seluar pendek dan kemeja-T hijau mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus dan meminta untuk dibicaraka­n.

Berdasarka­n kertas pendakwaan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan yang juga penuntut sebuah kolej swasta yang dikenaliny­a di kawasan tanah perkuburan Cina di Sungai Lembu pada jam 4 petang pada 2 Februari lalu.

Tertuduh kemudian memukul dan menyamun mangsa sebelum penuntut berkenaan membuat laporan polis.

Kes berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamaliza sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarka­n ikat jamin terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, Norhayati membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 dan menetapkan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga melarang tertuduh untuk mendekati mangsa dalan tempoh itu.

 ??  ?? ANUAR didakwa di Mahkamah Sesyen Butterwort­h atas tuduhan samun, rogol seorang gadis di Tanah Perkuburan Cina, Sungai Lembu.
ANUAR didakwa di Mahkamah Sesyen Butterwort­h atas tuduhan samun, rogol seorang gadis di Tanah Perkuburan Cina, Sungai Lembu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia