Harian Metro

Orang ramai sibuk ambil gambar, video

-

Shah Alam: Saksi kesembilan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, dia melihat sekumpulan orang awam hanya melihat keadaan anggota bomba itu tanpa berbuat apa-apa ketika insiden rusuhan berhampira­n Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu. R Narresh, 30, kru teknikal berkata, ketika itu, mangsa dalam keadaan bersandar dekat sebuah kenderaan selepas jentera dan van bomba sudah meninggalk­an tempat kejadian.

Saksi itu yang juga sukarelawa­n Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah pada prosiding hari keenam inkues berkenaan di Mahkamah Koroner di sini.

HAMDAN: Apa kamu buat?

NARRESH: Saya tak ada apa-apa respons. Sebab orang di sana... orang tak nak ambil apa-apa tindakan.

HAMDAN: Maksud kamu? NARRESH: Saya masuk dalam crowd itu. Saya tengok mereka sibuk nak ambil gambar dan video sahaja. HAMDAN: Selepas itu? NARRESH: Saya fikir sebagai sukarelawa­n APM, saya tidak boleh biarkan dan kena selamatkan dia dan bawa dia ke hospital.

HAMDAN: Ketika kamu sampai, ada tak pada bila-bila masa kamu nampak sesiapa pukul mangsa?

NARRESH: Tak. Tapi kedengaran orang dalam itu cakap...bomba pun mereka ada pukul. Mereka cakap dalam bahasa Tamil.

HAMDAN: Boleh kamu kenal pasti sesiapa?

NARRESH: Tak.

HAMDAN: Kemudian? NARRESH: Saya beritahu mereka supaya beri ruang untuk udara. Jangan dekat dan saya akan cari kenderaan.

HAMDAN: Apa maklum balas orang ramai?

NARRESH: Saya sudah berlari minta pertolonga­n tetapi tak ada sesiapa yang bantu pada masa itu.

Saksi sama berkata, kali pertama dia berlari kira-kira 100 meter (m) dan cuba mendapatka­n bantuan daripada tiga kenderaan, tetapi gagal sebelum berlari semula ke lokasi Muhammad Adib berada.

Ketika itu, katanya, ada orang yang sudah membuka baju-T, baju celoreng dan tali pinggang yang dipakai anggota bomba itu dan mangsa dilihat dalam keadaan terduduk.

Dia berkata, beberapa orang membantu mengusung mangsa sambil dia berlari kira-kira 200 meter untuk mendapatka­n kenderaan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Katanya, ada seorang lelaki Melayu memandu Mitsubishi Storm bersetuju membantu menghantar ke hospital.

“Saya beritahu (kepada pemandu)... ada seorang cedera, boleh tak bawa ke hospital. Dia kata boleh dan kami masukkan mangsa ke bucket (bahagian belakang) kenderaan itu,” katanya.

Pada prosiding sebelum ini, Narresh berkata, dia ke kuil berkenaan bersama enam lagi rakannya selepas mengetahui isu berhubung kuil berkenaan menerusi Facebook.

Muhammad Adib, 24, anggota van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m akhirnya menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Insitut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Saya sudah berlari minta pertolonga­n tetapi tak ada sesiapa yang bantu pada masa itu”

Narresh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia