Harian Metro

Suspek samun dikenal pasti

-

Identiti suspek yang memukul dan menyamun seorang wanita dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini, pada 14 Februari lalu sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya mendapatka­n beberapa maklumat mengenai lelaki terbabit dan kini dalam usaha memburunya.

“Suspek dikenal pasti sebagai lelaki warga tempatan. Kami sudah mengenal pasti identitiny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia