Harian Metro

Dua pelajar maut terpelanti­ng atas jalan

-

Butterwort­h: Dua pelajar sebuah sekolah di sini, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort­h (LLB) menghala Perai, malam kelmarin.

Kemalangan jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku apabila dua pelajar yang dipercayai pasangan kekasih menunggang motosikal secara melawan arus sebelum bertembung sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pertembung­an itu menyebabka­n mereka terpelanti­ng di atas jalan.

“Siasatan mendapati motosikal itu ditunggang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan dibonceng pasanganny­a berusia 15 tahun.

“Pembonceng­nya maut di lokasi kejadian manakala pasanganny­a meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya, semalam.

Menurutnya, kedua-dua pelajar berkenaan maut akibat parah di kepala dan siasatan mendapati penunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

“Pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia