Harian Metro

5 pendaki keletihan panggil bomba

-

Dua pelancong asing dan seorang pemandu pelancong antara lima orang yang diselamatk­an Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terkandas kerana keletihan di Hutan Simpan Hujung Kelawai di sini, malam kelmarin.

Semua mereka ditemui anggota bomba pada jam 9.50 malam selepas sepasukan anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 4.28 petang.

Lima mereka termasuk pemandu pelancong tempatan berusia 45 tahun masuk ke hutan berkenaan untuk menjalanka­n aktiviti riadah dan mendaki bukit kira-kira jam 2 petang sebelum mereka meminta bantuan bomba akibat keletihan dan tidak mampu keluar dari kawasan berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor Nor Mazlan Mohd Salleh berkata, pihaknya menyelamat lima mangsa membabitka­n dua lelaki dan wanita tempatan serta masing-masing seorang wanita warga Jepun dan lelaki warga Norway berusia antara 45 hingga 69 tahun.

“Semua mangsa terbabit tidak cedera dan mereka semua boleh berjalan sendiri,” katanya.

 ??  ?? LIMA individu yang diselamatk­an bersama anggota bomba.
LIMA individu yang diselamatk­an bersama anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia