Harian Metro

Tak menang tangan kaut si panjang

- Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Musim ikan panjang di Sungai Batang Lupar, di sini, ketika ini memberi rezeki kepada nelayan setempat.

Mohd Amirrul Raini, 24, yang sejak kecil menjadikan sungai sumber rezekinya tidak menyangka semalam ‘hari bertuah’ kepada mereka sekeluarga apabila memperoleh hasil ikan panjang yang cukup banyak.

“Saya tidak menyangka pukat yang dipasang pada jam 11 pagi di muara sungai berdekatan kampung ‘disentap’ 209 ikan panjang dalam sekali tangkapan.

“Tangkapan luar biasa ini saya ibaratkan sebagai rezeki kami sekeluarga yang menjadikan sungai sebagai punca pendapatan,” katanya.

Katanya, beliau bersama seorang lagi saudaranya ‘tidak menang tangan’ menaikkan ikan panjang itu ke dalam bot mereka.

“Sepanjang kehidupan sebagai nelayan inilah kali pertama kami memperoleh hasil yang banyak,” katanya.

Katanya, ikan panjang itu dijual antara RM18 sehingga RM35 sekilogram mengikut permintaan.

“Dengan tangkapan sebanyak ini, saya mampu memperoleh pendapatan mencecah RM10,000 sehingga RM30,000,” katanya.

Selain isinya yang cukup enak, limpa ikan panjang juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.

“Ikan panjang sering menjadi buruan bagi mendapatka­n limpanya kerana ia boleh dipasarkan dengan harga yang sangat tinggi, terutama di China.

“Ia digunakan dalam penghasila­n benang bagi jahitan dalam pembedahan,” katanya.

 ??  ?? SEORANG nelayan berjaya menangkap 209 ikan panjang di Sungai Batang Lupar di Lingga.
SEORANG nelayan berjaya menangkap 209 ikan panjang di Sungai Batang Lupar di Lingga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia