Harian Metro

Berselindu­ng sebalik bungkusan minuman coklat panas segera

-

Bentuk bungkusan seperti serbuk minuman coklat panas segera tetapi 50 peket bungkusan itu sebenarnya mengandung­i dadah jenis methamphet­amine dan ketamin yang dianggarka­n seberat 2,135.06 gram dirampas bersama beberapa jenis dadah lain.

Dadah itu ditemui sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Puyu, Jalan Suka Menanti di sini jam, 9 malam Sabtu lalu.

Ketua JSJN Kedah Superinten­dan Helmi Aris berkata, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ketika itu sedang berdiri di bahagian dalam pagar hadapan rumah berkenaan.

 ??  ?? HELMI (tengah) menunjukka­n dadah yang dibungkus seperti serbuk minuman dirampas di sebuah rumah di Taman Seri Puyu.
HELMI (tengah) menunjukka­n dadah yang dibungkus seperti serbuk minuman dirampas di sebuah rumah di Taman Seri Puyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia