Harian Metro

PAS bohong dakwa PH khianat BERSATU

-

Shah Alam: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PAS berbohong berhubung dakwaan berlaku pengkhiana­tan parti komponen Pakatan Harapan (PH) terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau berkata, tindakan itu menggambar­kan PAS semakin terdesak mencari sokongan BERSATU dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dakwaan ini hanya naratif PAS untuk alih perhatian siasatan dana RM90 juta (daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad).

“Apa lagi modal PAS ? Jadi, bagi PAS ialah wajib bohong dan PAS dihalalkan bohong. Sebab itu, kita tak tahu apa yang PAS cakap betul atau bohong.

“Sebabnya, PAS pernah cakap kalau mereka bohong untuk selamatkan parti tak apa, boleh bohong,” katanya selepas menyampaik­an Syarahan Darul Ehsan Ke Arah Pendidikan Bersepadu Dalam Era Malaysia Baharu di Universiti Selangor (UNISEL), di sini, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat perakuan bertulis berbentuk contoh diserahkan PAS kepada Dr Mahathir untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpin­an Pengerusi BERSATU itu jika berlaku pengkhiana­tan daripada mana-mana parti komponen PH.

Takiyuddin berkata, PAS dan Presidenny­a, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini menghidu seolah-olah sesuatu tidak kena bakal berlaku dalam kerajaan hari ini.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Dr Mahathir sebelum ini sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana parti komponen PH yang mengkhiana­ti kepada negara.

 ?? Anwar Ibrahim ?? Dakwaan ini hanya naratif PAS untuk alih perhatian siasatan dana RM90 juta ”
Anwar Ibrahim Dakwaan ini hanya naratif PAS untuk alih perhatian siasatan dana RM90 juta ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia