Harian Metro

WARISAN kekal kerjasama

-

Kota Kinabalu: Parti Warisan Sabah (WARISAN) terus mengekalka­n kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan berusaha memenuhi janji demi kepentinga­n rakyat Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, hubungan itu kekal walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat keputusan datang ke Sabah.

Katanya, ia selaras tumpuan kerajaan pimpinan WARISAN yang menumpukan usaha membangunk­an Sabah demi manfaat rakyat selain mentadbir negeri dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, tumpuannya untuk memastikan hak rakyat Sabah dikembalik­an dan diakui seperti dipersetuj­ui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga kekal dalam perjuangan WARISAN.

“Rakyat Sabah memberi mandat kepada WARISAN untuk memerintah Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka bosan dengan kerajaan UMNO -Barisan Nasional (BN) dan mahu menukarnya kepada yang lebih baik.

“Kami hormat mandat itu dan terus mentadbir negeri sebaiknya untuk memastikan apa yang rakyat Sabah mahu dari segi pembanguna­n dan menyediaka­n pekerjaan dapat ditunaikan.

“Berkaitan kemasukan BERSATU ke Sabah, kami tidak dapat menghalang­nya, begitu juga parti lain. Undang-undang juga membenarka­n parti baharu ditubuhkan.

“Bagaimanap­un, kami kekal dengan pendirian dan hala tuju,” katanya selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggota polis, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia