Harian Metro

Penduduk mahu masjid

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my azim@hmetro.com.my

“Kami memerlukan sebuah masjid, hampir 50,000 penduduk di sini mahukan masjid,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Mohd Dali Abdullah.

Beliau berkata, penduduk menanti lebih tiga tahun pembinaan masjid berkenaan dengan surat terakhir daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumka­n status terkini berkaitan permohonan itu.

“Pada Mac 2018, saya menerima salinan surat daripada JAIS kepada Menteri Besar yang memaklumka­n pembinaan masjid itu tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesebelas Negeri Selangor (RMK-11).

“Memang kecewa kerana kami sudah memulakan kerja permohonan ini mengikut saluran yang betul sejak 2015 hingga kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), ” katanya di sini, semalam.

Turut hadir, Bendahari jawatankua­sa itu, Mohd Amin Sarman.

Bandar Tasik Kesuma terletak dalam DUN Semenyih.

Mohd Dali berkata, tanah seluas lebih sehektar sudah diwartakan untuk pembinaan masjid berkenaan pada 2009.

Katanya, JAIS juga memberikan kebenaran kepada jawatankua­sa untuk membina masjid di tanah berkenaan pada 2015.

“Kami juga menubuhkan unit wakaf yang bertanggun­gjawab menguruska­n wakaf pembinaann­ya,” katanya.

Menurutnya, bagaimanap­un hingga kini hanya RM200,000 berjaya dikutip melalui kutipan wakaf dan semua wang itu diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor dengan laporan transaksi setiap bulan.

Beliau berkata, jumlah itu terlalu sedikit kerana pembinaan masjid itu menelan

 Tunggu lebih 3 tahun bina rumah ibadat di Masjid Bandar Tasik Kesuma

kos RM14 juta yang mampu memuatkan 2,000 jemaah.

Katanya, pihak swasta atau institusi kewangan pula tidak akan membantu atau menyumbang dana sekiranya tiada kerja pembinaan dimulakan.

“Sekarang semuanya tergantung dan senyap tanpa berita sedangkan ke ICU JPM sudah, ke JAIS sudah, ke kerajaan negeri pun sudah,” katanya.

Buat masa ini, Mohd Dali berkata, penduduk terpaksa bersolat Jumaat di beberapa surau dan masjid berbeza iaitu Surau Al-Kauthar di Fasa 3, Surau Institut Industri Jepun MARA (MJII), Surau Al-Ihsan dan Masjid Kampung Rinching yang terletak tiga kilometer jaraknya.

Dalam pada itu, menurutnya, mereka tidak menyalahka­n bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan status kelulusan itu.

ini masuk hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Tumpuan semua calon ialah bertemu empat mata dengan pengundi, kaedah ini lebih berkesan dan semakin digemari oleh mana-mana parti yang bertanding pada setiap pilihan raya.

Banyak isu yang dibangkitk­an dan ditawarkan penyelesai­annya oleh calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional

(BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng, 54, atau lebih dikenali sebagai Pakcik Kentang.

Bagaimanap­un hingga kini, Pakcik Kentang belum lagi turun padang berkempen kerana dimaklumka­n berada di luar negara.

Sebagai contoh Muhammad Aiman berjanji memperjuan­gkan sebuah hospital manakala Zakaria menawarkan kudratnya untuk membantu menyelesai­kan segala masalah orang Semenyih selagi termampu manakala Nik Aziz pula cuba menarik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia