Harian Metro

Derma boleh, ambil beras boleh

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Mesin automatik dengan dua fungsi bantu golongan asnaf

Mesin pengelua- ran beras automatik. Itu keunikan perkhidmat­an disediakan Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dalam usaha membantu golongan memerlukan khususnya di kariah itu.

Ia adalah kios pertama seumpamany­a di negara ini dengan dua fungsi, mengeluark­an beras dalam kuantiti diperlukan serta tabung derma kepada jemaah yang ingin menyumbang untuk pembelian beras bagi tujuan isian semula.

Pengerusi masjid berkenaan Abdul Karim Mat Asil berkata, ketika ini mesin berkenaan masih di dalam tempoh percubaan dan dilancarka­n secara rasmi Jumaat ini oleh Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

“Penerima yang sudah ditapis pengurusan masjid akan diberikan kad bercip bagi tujuan pengeluara­n beras setiap minggu dengan tetapan dua kilogram setiap orang. Mereka hanya perlu sentuh kad dan beras keluar di ruang bawah mesin ini.

“Setakat ini, kita sudah kenal pasti 50 penerima yang layak dan mereka berdaftar dengan masjid. Kita akan keluarkan jadual pengambila­n bagi memudahkan mereka dan menjadikan sistem lebih teratur.

“Pengurusan masjid juga meminta kerjasama 30 surau dalam kariah ini menyenarai­kan asnaf yang layak dan kita akan susun jadual pengambila­n beras ini supaya tidak bertindih. Alhamdulil­lah, setakat ini semuanya lancar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mesin pintar berkenaan adalah teknologi dari Indonesia yang sudah digunakan di lebih 100 masjid di negara itu dan terbukti berjaya memudahkan pengurusan bantuan kepada asnaf khususnya mereka yang ingin mendapatka­n bekalan beras.

Abdul Karim berkata, selain itu, mesin yang mampu memuatkan 240 kilogram beras pada satu-satu masa itu juga mempunyai slot tabung derma bagi memudahkan orang ramai menyalurka­n sumbangan untuk pembelian beras seterusnya.

“Kelebihan mesin ini ialah ia mengikut masa penerima. Mereka hanya datang dan sentuh kad, kemudian boleh bawa balik beras. Kita boleh aturkan sama ada pengeluara­n satu kilogram, dua kilogram atau lima kilogram, bergantung kepada kesesuaian yang difikirkan perlu.

“Tidak timbul isu pengeluara­n banyak kali kerana setiap penerima sudah dihadkan dan hanya boleh mendapatka­n beras ini sekali seminggu. Jika mereka tidak dapat datang pada masa dijadualka­n, mereka perlu berurusan dengan pengurusan masjid untuk mendapatka­n bantuan,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 JAWI, Wan Yusuff Wan Ishak dan Pentadbir Masjid, Mohd Nazri Talib.

 ??  ?? ABDUL Karim menunjukka­n beras yang keluar dari mesin ATM Beras di Masjid Al Akram Datuk Keramat.
ABDUL Karim menunjukka­n beras yang keluar dari mesin ATM Beras di Masjid Al Akram Datuk Keramat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia