Harian Metro

Keenakan nasi lemak periuk kera

-

Keenakan sambal dan keharuman nasi lemak menjadikan­nya hidangan paling digemari dan sinonim dengan masyarakat negara ini sehingga menyaksika­n ia mengalami pelbagai perubahan cara penyediaan serta penggunaan bahan-bahannya.

Begitu juga yang dilakukan oleh seorang peniaga di Kampung Seri Damai, di sini apabila turut melakukan inovasi ke atas makanan kegemaran masyarakat Malaysia itu dengan menghasilk­an produk nasi lemak periuk kera.

Berbeza dengan nasi lemak biasa, beras yang digunakan dimasak di dalam kelongsong periuk dan diletakkan santan serta air daun pandan sebelum dikukus sehingga masak.

Nor Zehan Mohd Zaiden, 39, berkata, selepas siap masak, nasi yang dikukus di dalam kelongsong periuk kera itu akan dihidangka­n bersama sambal tumis ikan bilis, kacang, ayam, timun dan telur goreng.

“Apa yang membezakan nasi lemak periuk kera dan nasi lemak biasa adalah cara penyediaan nasinya yang dikukus dalam kelosong periuk kera. Ia sekali gus menjadikan nasi itu lebih lemak dan sedap.

“Selain itu, nasi lemak periuk kera ini juga tahan lebih lama iaitu hampir 24 jam jika disimpan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nor Zehan, permintaan terhadap nasi lemak periuk kera ini amat memberangs­angkan walaupun baru dijual kepada pelanggan sejak awal Januari lalu.

“Sebelum ini, saya memang ada jual lemang periuk kera... Namun selepas lama menjual lemang, saya rasa perlu ada produk baharu untuk menarik lebih ramai pelanggan, jadi saya hasilkan nasi lemak periuk kera ini.

“Memang ramai yang tempah nasi lemak periuk kera, malah ada dari Kuala Lumpur dan Kelantan. Jika di luar dari Pahang, saya hantar guna perkhidmat­an bas ekspres. Saya tidak bimbang basi, sebab ia tahan lama,” katanya.

 ??  ?? NASI lemak periuk kera tahan 24 jam.
NASI lemak periuk kera tahan 24 jam.
 ??  ?? NOR Zehan menunjukka­n nasi lemak periuk kera yang dijual kepada orang ramai.
NOR Zehan menunjukka­n nasi lemak periuk kera yang dijual kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia