Harian Metro

‘Jangan tambah lagi masalah’

-

 Bos Mydin gesa kerajaan tangani keperluan utama berbanding kesesakan lalu lintas

Persatuan Peruncit Batu Road (Barra) mahu kerajaan mengadakan perbincang­an bersama peniaga dan memberi penjelasan berhubung sebab penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang bermula 15 Mac depan.

Naib Presidenny­a, Rohana Mohammad Nasir berkata, kerajaan perlu mengambil kira implikasi ke atas ratusan peniaga di kawasan itu sekiranya ia dilaksanak­an nanti.

Rohana berkata, selain bakal merugikan pemilik premis perniagaan, tindakan itu juga boleh merugikan kerajaan sendiri memandangk­an para peniaga di kawasan berkenaaan adalah pembayar cukai.

“Kami adalah pihak berkepenti­ngan di sini, membayar cukai kepada kerajaan, punca utama pendapatan kerajaan. Jadi jika kami tidak jalankan perniagaan, pendapatan kami berkuranga­n, cukai juga menurun. Jadi jangan hanya melihat untuk menyelesai­kan masalah trafik...ada banyak cara selesaikan masalah trafik,” katanya dalam temu bual dengan BERNAMA.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dilaporkan sebagai berkata, penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampira­n pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu kepada semua kenderaan persendiri­an kecuali bas awam bermula 15 Mac ini hanyalah tempoh percubaan.

Mengulas langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu memindahka­n tapak Bazaar Ramadan yang sebelum ini terletak di Jalan Masjid India ke Jalan TAR, Rohana berkata, ia hanya akan menggalakk­an aktiviti perniagaan tanpa lesen berleluasa dan masalah lambakan sampah sehingga mengundang ketidaksel­esaan warga kota seperti yang berlaku tahun lalu.

“Kenapa Bazaar Ramadan nak dibawa ke Jalan TAR .... Bazaar Ramadan memang peniaga tak sah berlaku di Jalan TAR. Saya ada gambar apa yang terjadi dan saya tunjuk gambar kepada pengarah DBKL, tapi kenapa tak tangani isu ini dulu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin menggesa kerajaan menyelesai­kan masalah sedia ada di Jalan TAR terlebih dahulu sebelum melaksanak­an keputusan menutup jalan itu yang bakal memberi risiko kepada ramai pihak.

Jelasnya, sekiranya ingin mengurangk­an kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, penambahba­ikan dari aspek penguatkua­saan merupakan elemen yang utama perlu dilakukan oleh kerajaan.

“Kita kena selesaikan masalah sekarang ini dulu, jangan kita buat lagi masalah baharu. Banyak kesalahan trafik seperti meletak kereta ikut suka hati, dan apa yang diperlukan segera ialah penguatkua­saan oleh DBKL,” tambah beliau. - BERNAMA

 ??  ?? ROHANA
ROHANA
 ??  ?? AMEER
AMEER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia