Harian Metro

Rutin pagi 10,000 pengguna LRT terjejas

-

Jaya: Kira-kira 10,000 pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) terjejas berikutan kerosakan unit bekalan kuasa Sistem Utama Kawalan Tren (VCC) di Depoh Rapid Rail di sini, semalam.

Kerosakan bermula

kira-kira jam 7 pagi itu bagaimanap­un dapat dipulihkan pada jam 8.58 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Laluan Kelana Jaya Ismail Abdullah berkata, ia dikesan selepas pihaknya gagal berkomunik­asi dengan 19 tren di laluan berkenaan.

“Sepasukan petugas bahagian teknologi maklumat kemudian membuat pemeriksaa­n di VCC sebelum mendapati berlaku kerosakan pada unit bekalan kuasa.

“Di VCC terdapat 18 unit bekalan kuasa yang mempunyai jangka hayat selama 28 tahun, namun unit bekalan kuasa yang rosak itu baru digunakan 24 tahun,” katanya dalam sidang media di Rapid Rail Depoh Subang, di sini, semalam.

Beliau berkata, susulan kejadian itu lebih 10,000 pengguna tren terjejas kerana 19 tren di laluan berkenaan tidak boleh beroperasi.

“Pihak kami menyediaka­n bas di 14 stesen LRT dan pampasan tiket kepada 1,446 pengguna tren.

“Tren dapat beroperasi seperti biasa selepas dua jam diselengga­ra iaitu pada jam 8.58 pagi,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua membabitka­n unit bekalan kuasa rosak dengan kali pertama berlaku pada Julai tahun lalu.

 ??  ?? PENGGUNA terpaksa menunggu selepas tidak dibenarkan masuk akibat kerosakan unit bekalan kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya.
PENGGUNA terpaksa menunggu selepas tidak dibenarkan masuk akibat kerosakan unit bekalan kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia