Harian Metro

Berhimpit bawah rumah

-

didiami sekarang hanya menunggu masa untuk dirobohkan berikutan pemilik tanah ingin mengambil semula tapak itu untuk membina jalan.

Hariani yang bekerja di kantin Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lundang berkata, usahkan untuk membina rumah, menjalani hidup seharian pun mereka meraih simpati daripada saudara-mara.

“Lima anak masih bersekolah iaitu empat bersekolah rendah dan seorang di tingkatan dua, manakala yang sulung tidak bekerja kerana menguruska­n semua

adik ketika saya bekerja.

“Gaji diterima hanya RM30 sehari dan dalam seminggu saya bekerja lima hari kerana mengikut jadual agensi kerajaan, jadi dalam sebulan dapat RM600,” katanya.

Katanya, persalinan anaknya jarang berganti kerana gajinya hanya cukup untuk keperluan harian termasuk wang saku sekolah anak.

Kepada orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demi- kian di akaun Bank Rakyat milik Hariani Mat iaitu 2201218025­99.

Kakak Hariani, Mek Yah Mat, 49, berkata, dia menyediaka­n tapak rumah untuk Hariani namun tiada sumber kewangan untuk membina rumah mereka.

“Saya berharap ada pihak sudi membantu adik saya dan enam anaknya keluar dari ‘bawah rumah’ kerana saya sendiri tidak sanggup melihat mereka hidup bersesak dalam ruang yang sangat sempit,” katanya.

 ??  ?? RUANG di bawah rumah pusaka yang dihuni Hariani bersama enam anaknya sejak 14 tahun lalu.
RUANG di bawah rumah pusaka yang dihuni Hariani bersama enam anaknya sejak 14 tahun lalu.
 ??  ?? RUANG yang sempit dijadikan bilik dan tempat menyimpan pakaian.
RUANG yang sempit dijadikan bilik dan tempat menyimpan pakaian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia