Harian Metro

Tunggu pelan strategi Malaysia Airlines

-

Peruntukan dana tambahan untuk Malaysia Airlines adalah bergantung kepada kertas cadangan syarikat penerbanga­n itu, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, buat masa ini Khazanah masih lagi menunggu pelan strategi daripada Malaysia Airlines yang sedang menyemak semula strategi sedia ada syarikat itu.

“Sebarang tambahan dana baharu kepada mereka akan bergantung kepada pelan strategi ini,” katanya kepada pemberita di luar Forum Pelaburan Pengurusan Aset Islamik Nomura sempena ulang tahun ke-10 di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia