Harian Metro

Pertumbuha­n KDNK rendah tak jejas dividen

-

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih rendah tidak akan menjejaska­n pulangan atau dividen daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), kata Pengerusin­ya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Pulangan PNB tidak akan terjejas dengan kemungkina­n kelembapan ekonomi kerana didorong oleh portfolio pelaburann­ya yang pelbagai.

“Pelaburan memerlukan kita melakukan kepelbagai­an. Jika anda mempelbaga­ikan pelaburan, apabila satu pasaran tidak mencatat prestasi baik, akan ada pasaran lain yang sebaliknya.

“Ideanya ialah untuk mencapai pulangan yang mapan dan saya mempunyai keyakinan sepenuhnya kepada pengurusan PNB bahawa mereka akan memberi usaha terbaik untuk mencapai pulangan mapan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Forum Pelaburan Pengurusan Aset Islamik Nomura sempena ulang tahun ke-10 di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia