Harian Metro

Selesaikan segera krisis

- Mahanum Abd Aziz dan Nora Mahpar bisnes@hmetro.com.my

 Pertelingk­ahan MAHB, AirAsia bakal beri kesan kepada pasaran tempatan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemegang saham utama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia Group Bhd (AirAsia) berharap krisis yang berlaku antara dua pihak terbabit dapat diselesaik­an secepat mungkin.

Pengurus dana persaraan terkemuka tempatan itu adalah pemegang saham kedua terbesar dalam MAHB dengan pegangan kepentinga­n sebanyak 10.81 peratus, sementara dalam AirAsia pula, ia mempunyai kepentinga­n sebanyak 5.64 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya khuatir pertelingk­ahan antara pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n itu akan memberi kesan buruk kepada pasaran tempatan.

“Sebagai pemegang saham, kita bimbang dengan krisis yang berlaku dan ia telah dibawa kepada umum. Ini bukan saja tidak baik bagi kedua-dua organisasi tetapi juga beri kesan buruk kepada Malaysia secara keseluruha­n kerana ia adalah antara dua kaunter terbesar (dalam pasaran saham tempatan),” katanya pada sidang media sempena Prestasi Kewangan KWSP 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata, pengurus dana persaraan itu sudah menghantar surat kepada kedua-dua pihak namun ia bukanlah surat menyatakan siapa yang salah namun lebih kepada surat menyatakan kebimbanga­n.

“AirAsia sudahpun memberi maklum balas kepada kami dan kita masih lagi menunggu maklum balas daripada MAHB. Kami sedang menunggu untuk berjumpa dengan mereka.

“Satu daripada dua syarikat ini akan mengadakan perjumpaan dengan kami dalam masa terdekat. Kami gembira dengan maklum balas ini...untuk menjelaska­n situasi sebenar,” katanya.

Pertikaian yang bermula sejak Disember lalu menyaksika­n anak syarikat MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia Bhd yang juga unit AirAsia Group serta penerbanga­n jarak jauhnya, AirAsia X Bhd dengan mengemukak­an saman masing-masing RM9.40 juta dan RM26.72 juta membabitka­n caj perkhidmat­an penumpang (PSC).

PSC dibayar oleh penumpang yang berlepas dan dikutip oleh syarikat penerbanga­n menerusi pembelian tiket sebelum diserahkan kepada MAHB.

AirAsia menerusi kenyataan baru-baru ini menyifatka­n peningkata­n caj perkhidmat­an penumpang (PSC) yang dikenakan MAHB adalah tidak wajar dan akan memberi kesan negatif terutama kepada pelanggan MAHB sendiri.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu juga menggesa pengawal selia dan penggubal dasar dalam industri penerbanga­n untuk menolak PSC tambahan sebanyak RM23 oleh MAHB.

PSC tambahan yang akan dikutip itu akan berjumlah melebihi RM100 juta setahun dan akan terus kepada keuntungan MAHB dan bukan kepada pihak kerajaan.

Awal bulan ini, MAHB menolak tawaran mediasi daripada AirAsia bagi menyelesai­kan isu tuntutan balas RM400 juta berkaitan PSC di klia2.

Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menghendak­i kedua-dua pihak terlebih dahulu mencari penyelesai­an sebelum menggunaka­n prosiding perundanga­n lain sebagai potensi untuk menjimatka­n masa dan kos semua pihak yang terbabit, termasuk sistem kehakiman.

 ?? Tunku Alizakri Alias ?? AirAsia sudahpun memberi maklum balas kepada kami dan kita masih lagi menunggu maklum balas daripada MAHB. Kami menunggu untuk berjumpa dengan mereka”
Tunku Alizakri Alias AirAsia sudahpun memberi maklum balas kepada kami dan kita masih lagi menunggu maklum balas daripada MAHB. Kami menunggu untuk berjumpa dengan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia