Harian Metro

Industry4W­RD tingkat produktivi­ti

-

Shah Alam: Pembabitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam program Penilaian Kesediaan (RA) Industry4W­RD (Industry4W­RD) adalah penting bagi meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing khususnya untuk sektor pembuatan negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata, setakat ini terdapat 80 syarikat berdaftar di bawah program berkenaan secara atas talian yang dibuka pada bulan lalu.

Beliau berkata, sambutan itu membuktika­n kumpulan PKS terbabit berminat dan bersedia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif itu bagi perubahan yang lebih baik kepada perniagaan.

“Pihak kementeria­n juga menempatka­n pegawai berkaitan untuk membantu syarikat yang berminat yang memerlukan sokongan dalam pendaftara­n program ini.

“Pada pusingan pertama, syarikat ini akan menjalani penilaian dan sekiranya layak mereka akan ke peringkat seterusnya yang membabitka­n intervensi perniagaan.

“Kita berharap PKS dapat mengambil peluang program ini sepenuhnya bagi membantu pemacuan dalam rantaian nilai produktivi­ti dan perniagaan,” katanya pada sidang media selepas majlis Hari Produktivi­ti di LH Plus Sdn Bhd (LH Plus), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LH Plus dan Presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA), Datuk Lim Kok Boon.

MITI pada 28 Januari lalu melancarka­n pendaftara­n atas talian bagi program RA Industry4W­RD sebagai usaha membantu syarikat yang berminat untuk menyertai program itu.

Untuk itu, MITI juga akan menganjurk­an 10 sesi taklimat dan perkongsia­n bagi membantu PKS yang akan bermula pada 25 Februari hingga 21 Mac depan.

 ??  ?? DR Ong (dua dari kiri) bersama CEO LH Plus, Callum Cheng (kiri) melawat kilang pembuatan bekas plastik.
DR Ong (dua dari kiri) bersama CEO LH Plus, Callum Cheng (kiri) melawat kilang pembuatan bekas plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia