Harian Metro

Gokhan Ogut CEO baharu Maxis

-

Maxis Berhad (Maxis) mengumumka­n pelantikan Gokhan Ogut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mei 2019.

Pengerusin­ya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, Gokhan akan melapor kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah Maxis.

Katanya, Gokhan yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Maxis sejak 1 September tahun lalu itu akan mengambil alih kepemimpin­an syarikat telekomuni­kasi itu daripada Robert Nason yang menjalanka­n tanggungja­wab CEO Interim Maxis.

“Kami dengan sukacitany­a mengalualu­kan Gokhan sebagai CEO Maxis.

“Kami yakin dengan pengalaman­nya yang luas dan tumpuan kepada inovasi dan pertumbuha­n, beliau adalah calon yang sesuai untuk memacu strategi baharu kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia